Thursday, October 15, 2009

Tindakan Pembetulan Secara Peniruan

Salah satu bentuk tindakan pembetulan ini adalah dilakukan secara klon. Melalui keadah ini tindakan pembetulan dibangunkan disesebuah bahagian/ projek boleh diguna pakai di bahagian projek lain.

Contohnya: Office work banyak kali menghadapi masalah ejaan. Salah ejaan ini berbeza bagi perkataan – perkataan yang berlainan. Pada hari ini setiap computer dilengkapi dengan kamus yang disimpan bagi mengesan kesilapan ejaan yang berlaku.


Tahap Kesilapan Pekerja

Kebanyakkan kesilapan boleh dikawal oleh pihak pengurusan. Kesilapan hanya boleh dikawal oleh pekerja apabila kriteria kawalan sendiri (self-control) telah dipenuhi:

a. Tahu apa yang perlu dilakukkan
b. Tahu tahap sebenar prestasi
c. Mengubah suai prestasi

Secara amnya daripada kajian kebolehkawalan (controllability) di dapati:

Kawalan oleh pengurusan : lebih 80%
Kawalan oleh pekerja : kurang 20%




RUJUKAN :

1. Juran’s Quality Handbook Fifth Edition,Joseph M Juran,A. Blanton Godfrey