Tujuan kita memantau proses/operasi pengeluaran adalah untuk meningkatkan prestasi produktiviti di bahagian pengeluaran.Secara amnya peningkatan produktiviti boleh dilakukan melalui produk berkualiti dan sumber manusia yang berkualiti.
Kualiti Sumber Manusia
Menurut People Performance Quadrant Analysis sumber manusia boleh dibahagikan kepada 4 bahagian/kategori.Iaitu :-
1-Proaktif/Star performer – Individu yang berpengetahuan tinggi,berkemahiran dan mempunyai kesedaran yang tinggi (awareness) terhadap tanggungjawab dan tugasannya.
2-Learner/aktif – Individu yang kurang berpengetahuan,kurang berkemahiran tetapi mempunyai kesedaran untuk belajar dan menambahbaikan prestasi kerja.
3-Maintainer/pasif – Individu yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi tetapi mempunyai kesedaran/tanggungjawab terhadap kerjanya yang rendah.
4-Dead Wood /tunggul kayu mati – Individu yang tidak berpengetahuan/berkemahiran tinggi dan tidak mempunyai kesedaran untuk mengubahnya.Individu yang kurang atau tidak menyumbangkan apa-apa yang signifikan terhadap prestasi syarikat.
Pada dasarnya setiap individu di atas boleh saling bertukar posisi bergantung pada usaha penambahbaikan atau faktor-faktor yang melemahkan moral pekerja tersebut.Adalah menjadi matlamat pengurusan untuk meningkatkan prestasi sumber manusia mereka ke tahap Star Performer melalui pengagihan kerja,penurunan kuasa,latihan,semangat berkumpulan ,perasaan kekitaan dan sebagainya.Adalah amat menyedihkan kadangkala tindakan pengurusan adalah kurang bijaksana dan lebih bersifat jalan singkat dengan mengeluarkan dan mengadakan penyusunan semula organisasi bagi individu atau kumpulan 3 dan 4 melalui VSS ,VR dll supaya mengekalkan individu kategori 1 dan 2.Memang diakui jika tiada cara lain yang dapat dilakukan majikan terpaksa melakukan tindakan tersebut kerana ianya berkesan pada masa yang singkat dan bagi mengelakkan moral pekerja kategori lain jatuh dan merudumkan prestasi syarikat tersebut.
Secaranya amnya Kualiti Sumber manusia boleh dipantau melalui pemantauan disiplin pekerja iaitu kadar kehadiran,kadar datang lewat,cuti sakit,bilangan surat amaran dikeluarkan,jumlah pekerja yang berhenti atau bertukar.Pengurusan yang bijak pasti akan menetapkan target dan mencari punca-punca terhadap masalah yang dihadapi oleh pekerja dan menyelesaikannya melalui aktiviti penambahbaikan yang berterusan.Oleh kerana moral pekerja amatlah penting dalam memastikan kualiti dan produktiviti yang stabil dan bertambah baik maka usaha untuk meningkatkan moral pekerja perlulah dilakukan berterusan.