Thursday, October 15, 2009

PIRAMID KAWALAN

Subjek kawalan boleh dibahagikan kepada bebberapa bahagian tetapi item kawalan untuk sesuatu itu jauh lebih besar.

Satu kajian keatas sebuah syarikat kecil yang mempunyai pekerja seramai 350 orang mendapati terdapat lebih 1 billlion perkara atau item yang perlu dikawal (Juran 1964,pp.181-182).

Oleh itu adalah mustahil bagi pengurusan atasan untuk mengawal kesemuanya. Bagi melakukannya kerja kawalan perlu dibahagikan kepada beberapa peringkat mengunakkan pelan pembahagian kerja seperti rajah 4.7

Pembahagian kerja telah dibahagikan peringkat tangggungjawabnya kepada 3 bahagian:
i. Kawalan oleh bukan manusia
ii. Kawalan oleh tenaga kerja
iii. Kawalan oleh hierarki pengurusan



Kawalan oleh Bukan Manusia

Asas kepada piramid ini adalah maklum balas secara automatik dan proses bebas kesilapan yang beroperasi tanpa campurtangan manusia selain daripada tujuan selengggara. Kawalan bukan manusia mengawal majoriti benda/perkara. Subjek kawalan selalunya berasaskan teknologi dan dilakukan secara real-time basis(ketika itu).

Bagi kawalan lain didalam piramid memerlukan campurtangan manusia.

Contoh kawalan bukan manusia
• Pembetulan ejaan pada excel dan words.
• Tindakan pembetulan untuk membetulkan kesilapan yang dikesan.


Kawalan oleh Tenaga Kerja

Menyerahkan tugasan kepada tenaga kerja boleh memberi feadah kepada perhubungan manusia dan di dalam melakukan operasi. Antar feadahnya ialah memendekkan maklum balas , meningkatkan perasaan kepunyaan terhadap operasi mereka, dan membolehkan penyelia dan pengurus menumpukan sepenuhnya masa untuk perancangan dan penambahbaikan.


Kawalan oleh hierarki Pengurusan

Kemuncak piramid kawalan mengandungi subjek ”vital few”. Semua ini diagihkan kepada pelbagai level hierarki pengurusan termasuk pengurusan atasan.

Pengurus perlu mengelakkan daripada terlibat secara mendalam membuat keputusan bagi kawalan kualiti. Sebaliknya, mereka perlu:
i. Membuat keputusan bagi vital few (paling penting)
ii. Menyediakan kriteria untuk menganal pasti ”vital few” daripada yang lain-lain. Contohnya menyediakan kriteria seperti jadual 4.3.
iii. Menyerahkan tanggungjawab lain di bawah proses membuat keputusan dengan menyediakan semua alat dan latihan untuk melaksanakannya.
iv. Contoh perbezaan pandangan atau tanggungjawab diantara 2 level – tenaga kerja dan pengurusan atasan adalah seperti jadual 4.2


Jadual 4.2: Perbezaan kawalan kualiti diantara 2 level – tenaga kerja dan pengurusan atasan.

Jadual 4.2: Perbezaan kawalan kualiti diantara 2 level – tenaga kerja dan pengurusan atasan.


Level tenaga kerja

Level pengurusan

Matlamat kawalan

Produk dari proses seperti spesifikasi dan prosidur.

Orentasi bussiness, kebolehpasaran produk, persaingan

Sensor

Teknologi

Sistem data

Keputusan perlu dibuat

Mematuhi atau tidak?

Memenuhi kehendak pelanggan atau tidak?