Seringkali kita banyak diundang persoalan apakah sebenarnya tugas seorang jurutera di sektor industri?Maka kita mendapati berbagai jawapan yang diberikan.Tetapi adakah itu jawapan yang sebenar atau memuaskan hati anda?
Pada pandangan penulis semua jawapan adalah benar cuma diungkap didalam perkataan yang berbeza berdasarkan pengalaman kerja masing-masing.Bagi penulis yang telah terlibat didalam hampir semua aktiviti industri daripada R&D hingga ke proses mengendalikan aduan pelanggan yang serius maka dapatlah dibuat satu kesimpulan yang mudah sahaja...
Semua Jurutera bertugas untuk memastikan produk atau kerja/proses yang dilakukan mestilah mematuhi spesifikasi dimana semua produk yang dihasilkan mestilah (1)menepati target spesifikasi dan ke(2) mempunyai variasi yang minima.
Oleh itu amatlah penting bagi seorang jurutera proses,QC dan R&D untuk membuat kajian dan mengenalpasti kebolehan proses masing-masing.
Apa yang perlu dikenalpasti?
Ianya mudah sahaja, adakah produk atau proses kita betul-betul seperti kehendak dan target spesifikasi.Sebagai contoh jika dimensi berdasarkan drawing adalah 2.00 plus minus 0.01 mm,
adakah produk yang dihasilkan kesemuanya (atau average) berada pada 2.00 mm atau sebaliknya.Jika tidak menepati target ini maka penambahbaikan perlulah dilakukan supaya average produk tersebut ditambahbaik ke 2.00mm.
Selesai langkah pertama kita mestilah menguruskan masalah kedua iaitu variasi ataupun perbezaan antara satu produk ke satu produk.
Kita ambil kes diatas jika kita kira (menggunakan excel dll) variasi yang didapati adalah 0.0050 dan satu bahagian lagi(mungkin dari mesin yang lain)0.0025,yang manakah lebih besar variasinya?Sudah tentu 0.0050 lebih besar.Jadi kita perlu melakukan penambahbaikan proses supaya variasi dapat dikurangkan kerana dengan variasi yang besar produk yang dihasilkan tidak sama kualiti dan tahap kepenggunaannya.
Mengikut Taguchi melalui Quality Lost Function lagi besar variasi lagi banyak masalah kepada pelanggan atau pengguna.Sebenarnya berdasarkan pengalaman penulis lagi besar variasi lagi cenderung untuk proses menghasilkan produk yang tidak mematuhi piawai dan defek yang banyak.