Mottainai jika diterjemah secara kasar adalah bermaksud Membazir atau penggunaan yang berlebihan.
Memandangkan krisis tenaga dan masalah alam sekitar semakin memburuk,maka banyak syarikat hari ini cuba menghasilkan produk yang lebih menjimatkan dan menggunakan sumber secara optimum.Apa yang cuba dididik oleh Panasonic pada pandangan saya ialah kita mesti kembali menggunakan produk dan sumber tenaga dengan berjimat cermat dan tidak berlebih-lebihan yang bukan sahaja meningkatkan kos tenaga malah tidak membawa faedah pun.
Sebagai contohnya penggunaan aircond yang ditetapkan pada 16 atau 20 darjah celcius padahal suhu 25~28 darjah celcius sudah cukup selesa buat kita.Itu tidak dikira daripada kesilapan membuka tingkap atau pintu yang sebenarnya hanya memaksa compressor bekerja lebih keras untuk menyejukkan sekali kepanasan diluar rumah yang akhirnya menyebabkan aircond kita rosak.Penggunaan sumber secara berhemah sesuai dengan kehendak dan spesifikasi sebenarnya tidak sahaja menjimatkan kos malah mengurangkan kos penyelenggaraan kita.
Begitu juga dari segi pemakanan,oleh kerana banyak disajikan pelbagai jenis lauk pauk dan ulam-ulaman kita seringkali mengambil lebih daripada keperluan,walaupun sesetengah lauk-pauk atau ulam-ulaman itu kita ambil sedikit sahaja tetapi tetap MEMBAZIR apabila tidak dimakan sehingga habis.Walaupun kita tahu khasiat sayuran dan ulaman itu banyak tapi apa maknanya jika kita tidak memakannya walaupun kita telah mengambil atau membelinya.
Begitu juga dari segi pembelajaran di sekolah atau di institusi pendidikan dan kemahiran.Apalah gunanya kita belajar dengan segala kelengkapan termoden,guru terbaik,material yang sentiasa ditambahnilai dan kaedah yang menepati kehendak industri dan global jika baru sekadar ditanya Apa yang kamu belajar semalam?Kita dah tercengang-cengang ,terkebil-kebil tidak dapat mengingati.Masa yang kita bazirkan ini sangatlah besar,cuba bayangkan 4 tahun kita belajar tapi sedikit sahaja kita ingat dan gunakan.
Ilmu pengetahuan,bakat dan kemahiran yang tidak digunakan sepenuhnya inilah termasuk di dalam 8 Jenis punca pembaziran.Apabila makanan berlebihan tidak dapat dihabiskan kita anggap membazir dan Nampak.Bagaimana pula bakat,ilmu pengetahuan dan kemahiran yang kita sia-siakan?Memang tidak Nampak tetapi ianya Wujud kan?
Begitu juga dari segi disiplin kita terlalu mengawal disiplin pekerja kita dengan membazirkan tenaga kerja,masa,wang demi pemantauan peraturan sedangkan moral pekerja kita tidak ambil peduli.Jadi kerja pemantauan kita adalah satu jenis pembaziran yang perlu diatasi dengan hanya meningkatkan sedikit moral pekerja.Meningkatkan moral pekerja lebih kecil kosnya tetapi lebih membawa kepada keuntungan yang lebih besar.Sebab itulah kita sebagai pengurusan perlu membebaskan diri kita daripada membuat tafsiran bahawa pemeriksaan dan pemantauan itu proses yang perlu ada padahal ianya salah satu daripada punca pembaziran yang tidak menambahnilai.
Berbalik kepada Mottainai tadi marilah kita berikrar dan mengubah pandangan kita terhadap penggunaan yang berlebihan sebaliknya menumpukan spesifikasi kepenggunaan yang sebenarnya.
Bagaimana mengurus diri kita dan menguruskan Bos kita?
Sudah menjadi lumrah dikebanyakkan syarikat dan organisasi slogan “Boss always Rights” menjadi pegangan walau seringkali diberi pandangan dari sudut yang negatif.Memang benar kita mesti sentiasa menganggap ketua kita sebagai benar pada setiap masa,keadaan dan tempat.Di dalam satu kapal tidak boleh ada dua orang nakhoda.Jika di tanya semua orang bersetuju ,tetapi kenapa kita masih tidak mahu ikut?Ianya tidak lain dan tidak bukan kita cukup tidak bersyukur dengan apa yang kita ada dan mahukan lebih.Jika mahu lebih kenapa tidak mahu berusaha mencapainya?Bagaimana mahu mencapainya?
Tentulah ianya berbalik kepada ketua kita.Luangkan masa,tenaga dan kerja kita bersama ketua kita,maka kita akan dapat memperbaiki kelemahan kita dan menonjolkan kekuatan kita sehingga sampai masanya kita pula menjadi ketua.Mudahkan? tetapi kenapa kita suka membazirkan masa memaksa ketua menurut kehendak kita.Mennghormati ketua bukanlah dengan bersetuju kepada pandangannya seratus peratus.Keluarkan pandangan kita dan cuba yakinkan ketua kita seelok-eloknya gunalah teknik “6 hats” ketika menyampaikan idea kita.Jika kita berada di tahap yang terlalu rendah dengan ketua kita maka berbaiklah dengan ketua kita supaya kita boleh cadangkan idea kita kepada beliau.Jika anda berada dikedudukan yang tidak terlalu jauh bersabarlah masa anda akan tiba.
“Boss always Rights” bukanlah pandangan negatif tetapi sikap kita yang berlebih-lebihan menafsirkannya.Keputusan ketua yang berpengalaman bukan berdasarkan kepentingan diri,emosi tetapi berdasarkan pengalaman,pengetahuan dan sifat professional
beliau.
Apabila kita bersaing kita tidak bersaing dengan kelemahan lawan tetapi kelebihan masing-masing.Daripada menghabiskan masa menjatuhkan lawan baik gunakannya untuk memperbaiki diri dan bina satu kumpulan yang kuat,supaya masing-masing berasa kuat bila bersama dan secara tidak langsung meningkatkan semangat kerja berpasukan dan moral kita.
Untuk merubah dan maju kehadapan kita memerlukan sinergi (tenaga yang besar) yang mencukupi.Daripada mana datangnya sinergi?Sudah tentu ianya hasil gabungan tenaga setiap individu di dalam syarikat kita.