Penerimaan pensampelan merujuk kepada penggunaan pelan pensampelan yang spesifik yang direka untuk lot atau turutan lot tertentu.
Penerimaan pensampelan boleh digunakan dengan tujuan kawalan penerimaan (acceptable control) bagi mencapai kualiti lebih baik pada kos yang rendah,menambahbaik kawalan dan meningkatkan produktiviti.
Penolakkan keatas lot boleh dilakukan dengan memeriksa setiap produk (100% pemeriksaan) atau dengan mengambil sebahagian sampel atau lot untuk diperiksa.Faktor ekonomi adalah penyebab utama kenapa pemeriksaan secara sampel dilakukan berbanding pemeriksaan 100%.
Kelebihan pemeriksaan secara pengambilan sampel.
1-Lebih ekonomi dimana hanya sebahagian produk diperiksa.
2-Kurang kerosakkan akibat pengendalian semasa pemeriksaan.
3-Mengurangkan bilangan Pemeriksa (inspector),jadi menyelesaikan masalah pengambilan dan latihan.
4-Menaiktarafkan tugas pemeriksaan dan membuat keputusan keatas produk satu ke satu (piece by piece) kepada keputusan berdasarkan lot ke lot (lot-by – lot).
5-Sesuai bagi ujian pemusnahan (destructive testing) dengan tahap jaminan yang baik terhadap kualiti lot.
6-Penolakkan keatas semua lot berbanding menolak produk defek (cacat,rosak,gagal dll) sahaja,secara tidak langsung mengalakkan motivasi dan iltizam yang kuat terhadap kerja penambahbaikkan.
Kelemahan pemeriksaan secara pengambilan sampel.
1-Risiko menerima lot yang tidak elok dan menolak lot yang elok.
2-Menambahkan kerja perancangan dan okumentasi.
3-Pemeriksaan ke atas sampel hanya memberikan maklumat yang sedikit berbanding memeriksa produk 100%.
Penerimaan Pensampelan di bawah sistem kawalan penerimaan memberi jaminan lot produk tersebut sesuai untuk digunakan.Bagaimanapun produk yang diterima itu hendaklah dianggap ianya telah diserahkan oleh pembekal yang jujur,ikhlas,berkemampuan dan boleh dipercayai.Jika kepercayaan ini dikhianati hubungan dengan pembekal boleh ditamatkan atau pemeriksaan 100% perlu dilakukan.Inilah sebabnya ia dinamakan sebagai Penerimaan bagi Pensampelan.
Kenapakah pemeriksaan bersampelan ini dianggap sah?
Pemeriksaan secara sampel memberikan kita maklumat;
1-Samada produk daripada sampel baik atau tidak;
2-Samada proses semasa sampel produk dibuat baik atau tidak;
3-Samada produk yang tidak diperiksa yang dibuat pada masa dan pada proses yang sama baik aatu tidak (prinsip pemeriksaan secara sampelan)
4-Samada proses stabil;
5-Samada produk yang belum dibuat akan menjadi baik atau buruk (kawalan pemeriksaan)
Ianya dilakukan berdasarkan konsep
“Produk boleh menceritakan keadaan proses”.Melalui variasi daripada sampel yang diperiksa boleh memberikan bukti tentang variasi semasa proses pembuatan,jadi kita boleh membuat kesimpulan samada proses berjalan dengan baik atau tidak semasa sampel tadi dibuat.Jadi daripada perhubungan ini kita boleh juga membuat andaian “Proses boleh menceritakan keadaan produk”.Melalui pemeriksaan kita telah mengetahui keadaan produk yang diperiksa,tetapi sebaliknya pengetahuan mengenai proses akan memberikan maklumat terhadap produk yang tidak diperiksa.
Ciri-ciri Pelan Penerimaan yang baik (good acceptance plan) seperti diringkaskan oleh Cowden (1957).
1-Melindungi Pengeluar daripada penolakkan lot sedangkan produk masih dalam kawalan,berada pada tahap memuaskan dan seragam.
2-Melindungi Pengguna daripada penerimaan lot yang tidak elok.
3-Perlindungan jangka panjang kepaad pengguna.
4-Mengalakkan Pengeluar supaya terus memastikan proses berada dalam kawalan.
5-Meminimakan kos pemeriksaan secara sampelan,pemeriksaan,dan pentadbiran.
6-Memberikan maklumat berkenaan kualiti produk.
Jenis-jenis pensampelan (Sampling)
Apa sahaja jenis Penerimaan Pensampelan (acceptance sampling) mestilah membezakan,samada ianya bertujuan untuk mengumpulkan maklumat keatas produk yang diperiksa atau keatas proses yang menghasilkan lot produk.
Terdapat 2 jenis pensampelan yang dikenalpasti;
Jenis A : Pensampelan untuk menerima atau menolak lot yang diperiksa.
Jenis B : Pensampelan untuk memastikan proses dimana produk dihasilkan masih berada dalam tahap penerimaan (acceptable limits)
Di dalam Penerimaan Pensampelan,data boleh dikategorikan sebagai berikut :
1-Attribut – maklumat berasaskan “go no go” atau “masuk atau tidak”.
i-Jumlah defek – Selalunya diukur dalam nisbah atau peratusan defek.Ianya merujuk kepada penerimaan ke atas setiap unit produk bagi pelbagai cirri-ciri (characteristics).
ii- Jenis defek – Selalunya diukur menggunakan bilangan atau jumlah defek perunit.Ianya merujuk kepaad jumlah kecacatan yang dijumpai oleh unit yang diperiksa,dan bilangannya mungkin lebih banyak berbanding unit yang diperiksa.
2-Variables – Maklumat daripada pengukuran.Selalunya diukur menggunakan purata(mean) dan sisihan piawai (standard deviation).Ia merujuk kepada distribution atau sesaran cirri-ciri spesifik produk yang diperiksa.