Deming amat melarang pemilihan pembekal berdasarkan penawaran harga terendah.Sebaliknya beliau mengesyorkan kita untuk beralih kepada satu pembekal yang tetap dan bekerjasama erat dengan kita bagi keuntungan jangka masa panjang.
Mengikut pengalaman saya apabila ada persaingan harga yang keterlaluan maka kualiti produk merosot.Satu produk dari pembekal mungkin berharga RM1 tetapi apabila dipasang dengan komponen lain ianya boleh menyebabkan kerugian sebanyak RM5 dan bayangkan jika produk defek ini keluar dari kilang kita,sudah tentu kerugiannya semakin meningkat.Hanya kerana mengejar penurunan kos kita meningkatkan kos kualiti pula yang berlipat kali ganda.Dengan bekerjasama dengan satu pembekal kita sahaja kita dapat mengurangkan kos tetapi kualiti produk masih sama.
Jika tidak mampu mengurangkan kos material atau pekerja maka kita kenalah merujuk semula 8 jenis punca pembaziran.Saya paparkan kepada anda bukan untuk dibaca tapi untuk difahami dan dilaksanakan.Dengan mengurangkan 8 punca pembaziran ,kos operasi bukan sahaja akan turun malah produktiviti dan keuntungan juga turut meningkat.
Sebenarnya banyak lagi faedah apabila kita kekal dengan satu pembekal,kita boleh menghapuskan proses pemeriksaan,incoming,testing dll di proses kita dengan cara menghapuskan punca defek di tempat pembekal.
Kita Cuma perlu melakukan audit proses sebulan sekali untuk memastikan semuanya berjalan lancar.Jadi kos pemeriksaan yang tidak menambahnilai telah kita hapuskan .Secara tidak langsung kita akan menjadi lebih kompetitif.