Friday, October 23, 2009

Koujou Kengaku atau Factory Tour

Adalah menjadi amalan yang baik kepada pengurusan atasan untuk sentiasa melawat bahagian pengeluaran bagi memastikan pengurusan dan pekerja dapat meransang perbincangan kedua pihak bagi mencari jalan dan makna untuk menambahbaik keadaan sekarang.Kedua-dua belah pihak perlu memainkan peranan dan perlu membuat tindakan yang perlu.

Antara perkara yang perlu dilihat oleh Pengurusan Atasan adalah :-

1-Pastikan keadaan kilang atau bengkel teratur –LIHAT kebersihan dan suasana kerja.

2-Melihat layout atau susun atur kilang,bengkel dan mesin.

3-Perhatikan pergerakkan bahan atau produk dan keseimbangan proses (line balancing)

4-Cara bahan dan produk dikendalikan

5-Standard Operasi (Operation standard ,Operating Instruction,Limit Sample etc)

6-Penggunaan peralatan dan jig yang cekap,fungsi-fungsi mekanikal dan automasi (automation)

7-Penyelengaraan mesin dan pengukuran peralatan (equipment calibration )

8-Inventori di tempat pengeluaran (production line),bahan dan peralatan.

9-Sikap dan motivasi pekerja (employee morale )

10-Pengurusan bilik setor (storage/warehouse management)

11- Mengurangkan bilangan penggunaan kertas (slips and chits)

12-Job description dan waktu bekerja bagi kerja tidak langsung (indirect work)

13-Kawalan Pengeluaran (Production control)

14-Jaminan Kualiti (Quality assurance)

15-Pemantauan ke atas subkontraktor (subcontractor monitoring)

16-Penyelenggaraan bangunan,jalan dan lain-lain kemudahan.

Pengurusan atasan perlu sentiasa melakukan pemantauan dengan melihat sendiri keadaan pengeluaran bukan hanya menjadikan data atau laporan bertulis sebagai panduan utama kerana besar kemungkinan data sampingan telah dipinda atau masalahnya telah diperkecilkan untuk menutup ruang bagi penambahbaikan’

Visual Management dan Management by Wandering Arounds adalah antara kaedah yang biasa dilakukan bagi memantau proses pengeluaran.

Pengurusan atasan perlu memastikan pengurus di pengeluaran tidak terlalu menekan kuantiti terhadap pekerja-pekerjanya sehingga menyebabkan banyak produk defek (defects),berlebihan (over production) dan tidak berkualiti atau berkualiti rendah dihasilkan yang sebenarnya merupakan ”time bomb” yang menunggu masa untuk meledak dan berpotensi menggugat survival syarikat.

Oleh kerana didalam konsep 4M (Man,Machine,Method,Material) hanya 1 M (Man ) –manusia sahaja yang mempunyai emosi dan mudah terpengaruh dengan gangguan maka adalah menjadi satu keperluan pengurusan atasan bagi sentiasa memenangi dan meningkatkan moral pekerja (employee morale).

Data atau Laporan Bertulis tidak menyertakan unsur emosi (emotions,feelings-sad ,happy,angry etc) jadi keputusan anda mungkin bukan keputusan yang baik didalam meningkat moral pekerja jika hanya bersandarkan kepada laporan bertulis itu sahaja.

INGAT-pencapaian organisasi yang cemerlang bergantung kepada gabungan usaha dan kerjasama setiap individu (energy +energy+....+ energy = synergy).

Adalah menjadi satu pendekatan yang baik bagi pihak pengurusan sentiasa mewujudkan kesan ”Howthorn Effect” dikalangan pekerja dan pengurusan dengan melaksanakan Koujou Kengaku/ Factory Tour.

Dengan melakukan pendekatan turun dan turut serta di bawah/pengeluaran,Pengurusan atasan dapat menyampaikan mesej dan polisi mereka dengan lebih tepat dan berkesan bagi memudahkan semua pihak untuk memahami dan bekerjasama bagi mencapai matlamat organisasi.

Jika pekerja sedia ada tidak berkemampuan mengubah cara kerja (5S dll) maka menjadi tanggungjawab pengurusan atasan untuk menyedarkan mereka.