Thursday, October 15, 2009
Model Itoh
Persoalan yang menarik untuk kalangan pengurus ialah bagaimana kita perlu ruangkan masa relatif dengan proses trilogy tersebut? Rajah 2.4 ialah model yang dibina untuk menunjukan hubungkait tersebut didalam sebuah syarikat Jepun (Itoh 1928)
Rajah2.4 : Model Itoh (Adaptasi daripada Management for Quality, 4th ed (1987).Juran Institute , Inc,Wilton, (T,p.18)
Rajah 2.4 pada paksi horizontal menunjukkan peratusan kekurangan masa yang diperlukan bagi seseorang dari 0 ke 100 peratus. Paksi menegak mewakili pangkat dalam hiarki organisasi. Diagram ini menunjukkan pengurusan atasan menghabiskan majoriti masa kerja mereka kepada perancangan dan penambahbaikan. Mereka menggunakan sebahagian masa mereka untuk membuat perancangan strategik. Masa yang diluangkan ke atas kawalan adalah minima dan kebanyakkanya fokus pada subjek kawalan major.
Bagi peringkat hierarki lebih rendah, masa untuk perancangan strategik semakain berkurangan kebanyakkan masa dihabiskan untuk kerja kawalan dan selenggara.