Break down barriers between departments (optimize the efforts of team).
Di dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan semua pihak didalam sesebuah organisasi maka segala halangan dan rintangan antara bahagian atau jabatan perlulah dihapuskan.Sebenarnya sudah menjadi lumrah setiap bahagian berusaha bersungguh-sungguh menjayakan target atau sasaran bahagian masing-masing biarpun kesannya menyebabkan bahagian yang lain menerima kesan yang buruk.
Sebagai contohnya,bahagian purchasing yang sentiasa mencari ruang untuk mengurangkan kos tanpa memperdulikan kualiti pembekal menyebabkan bahagian pengeluaran menanggung segala akibatnya.Ketika bahagian purchasing berbangga dengan penjimatan kos, bahagian pengeluaran pula dipaksa menanggung kos berlebihan disebabkan kualiti bahan mentah telah berkurangan.
Tetapi pada akhirnya syarikat yang menanggung kerugian kerana sudah tentu penjimatan kos bahan mentah tidak dapat mengatasi kerugian yang ditanggung oleh bahagian pengeluaran disebabkan oleh peningkatan kos daripada kemerosotan kualiti.
Contoh kedua pula,dimana pihak R&D cuba memperkenalkan kaedah,model,cara pengeluaran yang baru bagi meningkatkan daya saing produk syarikat tetapi ditentang oleh bahagian QC kerana kaedah atau model tersebut banyak menghasilkan defek.Sebenarnya apa yang dikatakan oleh QC adalah benar berasaskan keadaan kualiti semasa ,tetapi bahagian QC tidak seharusnya menentang segala idea dan inovasi baru dan menekankan konsep "status quo" cuba mengekalkan keadaan sedia ada yang pada masa terdekat akan menyebabkan produk kita tidak diterima pakai oleh pengguna baru dan sedia ada yang sentiasa inginkan produk berkualiti tetapi terbaru dan dengan aplikasi yang lebih canggih.Selalunya adalah menjadi satu dasar syarikat apabila didalam proses mereka produk baru bahagian QC tidak dilibatkan sehinggalah ke peringkat pre production.Penglibatan QC pada proses pre-production adalah bagi memastikan defek dan segala kekurangan dapat diatasi dan ditambahbaikan.
Syarikat perlu memastikan setiap bahagian bekerjasama dan mempunyai satu target sahaja iaitu memastikan syarikat dan produk kita survive dan bukannya merangka target berlainan bagi setiap bahagian yang menyebabkan survival syarikat ditenggelamkan oleh kepentingan dan KPI bahagian masing-masing.Apabila satu bahagian berjaya mencapai target dan satu bahagian lagi tidak ,maka secara puratanya(pencapaian setiap bahagian di campur dan dijumlahkan semuanya) syarikat tidak kehadapan sebaliknya kekal disitu (o )atau berundur kebelakang(negatif).
Alangkah baiknya setiap kelebihan bahagian masing-masing (yang optima)digunakan bagi mencari jalan bagi mencapai kejayaan untuk syarikat.
Pengurusan yang baik tidak seharusnya menekan bahagian masing-masing bagi mencapai target tertentu sebaliknya menekankan satu target untuk dicapai oleh semua sebagai satu kumpulan.Sebenarnya bahagian yang mencapai target tidak bermaksud semuapekerjanya cekap dan bertanggungjawab tetapi mungkin melakukannya dengan cara "over do/over capacity" yang merupakan racun yang akan membunuh syarikat pada masa terdekat.Produk tidak berkualiti tidak mungkin menghasilkan produk yang diterima pelanggan pada jangka masa panjang.Keuntungan jangka pendek bukanlah kejayaan sebaliknya jalan kebinasaan pada masa hadapan.Masyarakat yang menerima produk berkualiti rendah pada masa sekarang akan menjadi pengguna yang mementingkan kualiti pada masa hadapan.
Friday, October 30, 2009
Break down barriers between departments (optimize the efforts of team).
Labels:
cost of quality failures,
ilp,
ilp jitra,
ilp kedah,
kaizen,
kualiti,
pengurusan