Saturday, October 17, 2009

Kepentingan Kualiti terhadap imej syarikat

Kualiti penting bukan sekadar untuk mencapai kepuasan pelanggan tetapi salah satu alat untuk memastikan syarikat terus berfungsi.Mengapa kualiti perlu sentiasa dipelihara?
Ianya bagi memastikan produk kita masih menjadi pilihan pelanggan yang setia dan bakal pelanggan,menjarakkan kita daripada pesaing yang mengekori dengan rapat,meningkatkan produktiviti,mengurangkan kos dan paling penting memastikan syarikat kita terus hidup.
Ingat tujuan pertama kewujudan syarikat mengikut Deming adalah untuk memastikan syarikat terus wujud dan hidup (survive) dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dengan mencipta ruang dan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Jadi berdasarkan kenyataan di atas kualiti adalah imej sesebuah syarikat terhadap tanggungjawab dan peranannya terhadap syarikat dan masyarakat.

Sebenarnya hampir kesemua syarikat tahu kualiti adalah istilah dalaman syarikat sebaliknya keluar sahaja produk daripada syarikat ianya telah menjadi Imej yang perlu dijaga.Imej produk dan syarikat yang baik akan memastikan kesetiaan pelanggan terhadap kita berkekalan dan sentiasa meningkat.

Sebenarnya saya sendiri pernah ditegur oleh bekas majikan saya,Kenapa kamu berusaha bermati-matian menjaga (dalam kes saya memeriksa dan menguji produk) produk kita sedangkan imej kita melalui produk tersebut telah tercemar?Pelanggan tidak akan nampak usaha kita yang bersungguh-sungguh demi memenuhi kehendak mereka jika kita tidak memberitahu mereka.

Saranan beliau saya harus keluar bertemu pelanggan dengan segala usaha penambahbaikan dan perancangan peningkatan kualiti bagi memulihkan IMEJ kita dan mendapatkan keyakinan mereka kembali.Memang betul,pelanggan kembali kepada kita dengan beberapa cadangan penambahbaikan produk dan perkhidmatan disamping tip-tip kelebihan pesaing.Didalam industri kita tidak bersaing atas kelemahan pesaing sebaliknya atas kelebihan produk masing-masing.

Sebagai pengguna kita akan membeli produk yang kita rasa lebih baik (disamping imej JENAMA) dan mempunyai kelebihan - kelebihan tertentu.

Sebagai kesimpulannya marilah kita menjaga imej produk dan syarikat kita dengan sentiasa me war-warkan kebaikkan dan kelebihan kita dan bukannya bercakap mengenai kelemahan kita.Kelemahan kita perlu diatasi dengan bersungguh-sungguh ketika ianya berada di dalam syarikat kita.

Kualiti itu ibarat CERMIN yang menunjukkan imej kita.