Menurut Taiichi Ohno’s terdapat 7 punca pembaziran dengan satu penambahan bagi kapasiti sumber manusia yang tidak digunakan sepenuhnya. Punca-punca tersebut adalah :
1. Keluaran hasil berlebihan : iaitu menghasilkan produk yang berlebihan, terlalu awal atau terlalu cepat daripada kuantiti yang dikehendaki oleh operasi berikutnya.
2. Masa menunggu : bagi proses berikutnya, pekerja, bahan, maklumat dan peralatan
3. Pengangkutan : pengangkutan bahan yang tidak diperlukan
4. Berlebihan dalam proses : terutamanya melakukan kerja – kerja yang tidak menambah nilai.
5. Inventori/stok simpanan : Menyimpan stok yang berlebihan keperluan bagi memenuhi kehendak pelanggan
6. Pergerakan : Pergerakkan yang tidak diperlukan
7. Mengeluarkan produk yang defek dan maklumat yang silap/salah
8. Tidak menggunakan kapasiti dan kebolehan sebenar pekerja : Contohnya: Inovasi, kemahiran, pengalaman, bakat dan kreativiti sering diabaikan dan tidak dianggap sebagai satu aset.