Proses pemeriksaan (inspection) memang tidak dapat dielakkan didalam hampir kesemua proses pembuatan dan kerja secara amnya.
Jika kita ambil contoh di proses pembuatan kita akan dapati bahagian IQC(Incoming Quality Control),OQC(Outgoing Quality Control),PQC(Process/Production Quality Control) dan reliability test dan sebagainya diwujudkan seolah menunjukkan proses tersebut sangat penting dan tidak dapat dielakkan.
Sebenarnya proses tersebut tidak menambah sebarang nilai (atau bahasa mudahnya tidak membawa sebarang keuntungan pun) terhadap harga produk dan peningkatan jenama kita.
Cuba tanya kepada pelanggan sanggupkah mereka membayar harga kos pemeriksaan tersebut.Sudah pasti jawapan umumnya adalah TIDAK,sedangkan pada realitinya harga yang dibayar termasuklah kos pemeriksaan tersebut!
Proses pemeriksaan juga tidak mengubah bentuk produk kita,ianya tidak merubah warna,fungsi dan lain-lain yang kita boleh anggap sebagai proses yang perlu dibuat,jika tidak dibuat produk tidak akan menjadi.
Kebanyakkan pakar-pakar kualiti seperti Deming,Juran,Bill Crosby dll menentang proses pengawalan dan jaminan kualiti melalui pemeriksaan.Selain meningkat kos yang banyak ianya juga tidak dapat mencegah defek daripada berlaku dan keluar kepada pelanggan.
Sebaliknya kualiti perlulah dijaga dimana proses bermula (quality at the source) bukannya after process atau diperiksa selepasnya berlaku.Menurut Shigeo Shingo pemeriksaan 100% perlu dilakukan di proses asal melalui sensor,FP dll bagi menjamin tiada defek dari proses tersebut boleh terlepas ke proses berikutnya (next process).
Sebenarnya semakin jauh defek dikesan daripada puncanya semakin tinggi kos yang terpaksa kita tanggung.Oleh itu BUANGkan proses pemeriksaan selain pemeriksaan 100% diproses asal bagi menjamin kualiti yang kekal dan kos yang optimum dan keuntungan dan produktiviti yang tinggi tanpa mensia-siakan semua sumber terhadap proses pemeriksaan yang tidak bernilai tambah.
Sebaliknya jadikan amalan melaksanakan audit proses secara berkala untuk memastikan pembekal dan production kita mematuhi semua spesifikasi yang kita kehendaki dan SINGKIRkan mentaliti "orang lain akan kesan dan betulkan kesilapan saya" daripada semua pekerja dan termasuklah diri kita.
Keuntungan dan survival bukan dijana dari jumlah jualan semata-mata ianya juga hasil daripada penjimatan kos yang tidak bernilai tambah dan membazir.