Thursday, October 15, 2009

BAGAIMANA MENGURUSKAN KUALITI DENGAN ”JURAN TRILOGY”

Untuk mendapatkan kualiti, ianya perlu dimulakan dengan menyedaikan visi kepada sesuatu organisasi seiring dengan polisi dan matlamat. Pengurusan kualiti mengunakan secara extensif proses pengurusan berikut:

• Perancangan kualiti
• Kawalan kualiti
• Penambahbaikan kualiti

Proses ini dikenali sebagai keadah ”Trilogi Juran”.

Rajah 2.2 menunjukkan 3 proses pengurusan kualiti dijalankan

Perancangan Kualiti

Kawalan Kualiti

Penambahbaikan Kualiti

i. Menyediakan matlamat kualiti

ii. Mengenalpasti siapakah pelanggan

iii. Menjelaskan kehendak pelanggan

iv. Membangunkan ciri-ciri produk mengikut respon pelanggan

v. Membangunkan proses yang boleh mematuhi ciri-ciri produk

vi. Menyediakan kawalan proses, memindahkan perancangan kepada operasi

i. Penilaian prestasi sebenar

ii. Bandingkan prestasi sebenar dengan matlamat kualiti

iii. Mengambil tindakan terhadap perbezaan

i. Buktikan kehendak

ii. Menyediakan infrastruktur

iii. Mengenal pasti penambahanbaikan projek

iv. Menubuhkan kumpulan projek

v. Menyediakan kumpulan dengan sumber, latihan dan motivasi untuk: Analisis punca rangsang pembaikan

vi. Menyediakan kawalan untuk memastikan output

Rajah 2.2 : 3 proses pengurusan kualiti (Adaptasi dari Juran, J.M.(1989). The Quality Trilogy: a Universal Approach to managing for Quality. Juran Institute,Inc.wilton,(T.))