Sudah menjadi kebiasaan dan lumrah (walaupun sebenarnya salah) pekerja bawahan selalu ditekan untuk mencapai target yang selalunya berkaitrapat dengan peratusan output/kuantiti (numerical target).
Ini menyebabkan elemen 4M (Man,Machine,Material,Method) digunakan melebihi kadar penggunaan biasa (standard) selalunya melebihi kapasiti (over capacity ,over use ).
4M jika digunakan pada kadar berlebihan (over use ) akan menyebabkan faktor Muri (over capacity) berlaku maka kesannya berlakulah ketidakstabilan proses Mura (fluctuation) dimana kesan akhirnya adalah kemerosotan kualiti dan pembaziran Muda (waste)
Sebagai contoh:
Situasi A
Kapasiti pengeluaran harian : 2000 buah produk
Kita memaksa operator mengeluarkan 2100 buah produk atau tambahan 100 buah produk daripada kapasiti pengeluaran asal.Oleh sebab elemen 4M dipaksa digunakan pada kadar yang melampau maka hasil produk yang berkualiti telah jatuh kepada 1900 sahaja.Berapa sebenarnya kerugian kita?
200 produk telah merosot kualitinya disebabkan oleh faktor over capacity tadi.Jadi kenapa membazir masa,tenaga,bahan mentah dan pemantauan hanya untuk menghasilkan 200 produk defek?Tidakkah kita sedar bahawa kita telah membazir dengan banyaknya hanya kerana pentingkan kuantiti.
Situasi B
Katakan pelanggan hanya mahukan 2000 produk kita hanya mampu hasilkan 1900 produk sahaja tetapi semuanya elok dan berkualiti.
Walaupun kita tidak mencapai sasaran adakah kemarahan pelanggan terhadap kita bagi kedua-dua situasi adalah sama?Bagi situasi A penghantaran (delivery) adalah mencukupi tetapi terdapat produk yang defek atau berkualiti rendah berbanding situasi B,penghantaran kurang semuanya berkualiti dan baik.
Bagi pelanggan (internal customer) di bahagian pengeluaran 100% produk yang baik dan berkualiti lebih disukai berbanding 100% penghantaran (delivery ) yang tepat.Ini kerana bahagian pengeluaran tidak perlu menghadapi masalah ”line stop” hanya kerana terjumpanya produk defek sehingga menganggu perancangan pengeluaran dan pembaziran yang lebih besar.Material yang kurang berkualiti menyebabkan kos kemerosotan kuality (Quality lost costs) meningkat tinggi.
Kaedah JIT & Kanban (bunyi kamban) atau pull system boleh digunakan bertujuan mengurangkan inventori,mengelakkan pengeluaran dalam keadaan ”over capacity” dan bagi mengurangkan kos kemerosotan kualiti dan pengurangan kos keseluruhan.
Oleh itu tingkatkan kapasiti pengeluaran 3M lain dahulu sebelum mendesak pekerja meningkatkan produktiviti.Denngan mengubah keadaan sistem (kapasiti) sahajalah produktiviti (termasuk kualiti) sebenar dapat ditingkatkan.
Nota:Segala ulasan didalam bahasa malaysia hanyalah sedikit ulasan sahaja.Untuk memahami fakta dan cara yang lebih baik sila lihat artikel didalam bahasa inggeris dan lihat link yang berkaitan untuk lebih memahaminya.
Friday, October 23, 2009
Kepentingan Memastikan Pekerja Berbangga dengan hasil kerja mereka.
Labels:
Deming's 14 points,
ilp,
ilp jitra,
ilp kedah,
jit,
productivity,
quality