Produk yang berkualiti adalah produk yang dihasilkan pertama kali dan terus mematuhi kehendak pelanggan dan dapat dipasarkan.Produk yang tidak berkualiti contohnya defek tidak dapat dijual terus dan sesetengahnya perlu diasingkan(sorting),diperbaiki semula (rework)dan ada yang terpaksa dibuang (scrap) begitu sahaja.Semakin banyak produk tidak berkualiti dihasilkan semakin banyak kos sampingan yang terpaksa dilakukan.Antara kos-kos tersebut adalah:
1-Kos mengasingkan/kos pemeriksaan
2-Kos memperbaiki semula
3-Kos material dan pengeluaran,
4-Kos membuat semula produk tersebut dan lain-lain.
Aktiviti atau kos diatas adalah aktiviti/kos yang tidak perlu dilakukan jika produk yang berkualiti dihasilkan.Aktiviti/kos diatas adalah non value added iaitu aktiviti/kos yang tidak diperlukan pada asalnya tetapi terpaksa dilakukan disebabkan oleh produk yang tidak berkualiti.
Secara amnya,Kualiti produk boleh dipantau melalui kadar reject di proses Incoming,Pengeluaran,Inspection Line,Outgoing dan juga aduan/claim daripada pihak pelanggan(market claim).Semakin jauh proses contohnya defek dikesan di outgoing semakin meningkat kos dan pembaziran yang dialami.Disebabkan perkara inilah banyak sistem pengeluaran sekarang menekankan kepentingan mengawal kualiti di punca/diproses awalnya ataupun di kenali juga sebagai Quality at the Source.Banyak syarikat yang melaksanakan 100% pemeriksaan di proses bagi mengelakkan aktiviti tidak bernilai tambah terpaksa dilakukan kemudiannya,seperti pemeriksaan di proses berikutnya,recheck line,malah pemeriksaan di Outgoing juga dikira sebagai aktiviti yang tidak menambah nilai dan perlu dikurang dan dihapuskan.
Lain-lain perkara yang perlu dipantau adalah bilangan pengeluaran berbanding dengan bilangan jualan,kos membaiki,kos memriksa semula,kos scrap,kos kerja lebih masa dll.
Bahagian Kewangan perlu memantau kos material,direct labour,indirect labour seperti pekerja di bahagian Jualan,Pembelian,Incoming,Outgoing,Gudang penyimpanan ,Costing,Sumber Manusia dll yang tidak terlibat secara langsung dengan pengeluaran.
Secara ringkasnya kita perlu mengawal disiplin,kemahiran,moral dan cara berkomunikasi pekerja kita.Bagi penggunaan mesin pula perlu dicari mana yang lebih murah,lebih berkesan dan cekap dan mudah dikendalikan.Bagi material/bahan perlu dicari mana lebih murah,kurang defek dan mudah didapati.Cara penggunaan (method) juga perlu dititik beratkan supaya tidak menggunakan kaedah yang sukar dan rumit,tidak bernilai tambah dan memerlukan tenaga (elektrik,haba,)yang banyak.