Ianya dikenali juga sebagai gaya penglibatan bersama.Kepimpinan jenis ini mengalakkan pekerja untuk terlibat sama didalam proses membuat keputusan.Semua maklumat yang melibatkan pekerja akan disalurkan dan melibatkan mereka ketika membuat keputusan dan menangani sesuatu masalah secara bersama.
Seorang ketua yang demokratik akan membantu pekerja menilai prestasi masing-masing berdasarkan pelan pembangunan yang dibangunkan bersama.Seorang ketua juga akan membenarkan pekrja membuat target atau sasaran masing-masing.Ianya juga mengalakkan semua pekerja untuk meningkat dan membangunkan kebolehan diri dan kerjaya masing-masing,serta turut memberi peluang untuk kenaikkan pangkat dan tanggungjawab yang lebih berat.Pengiktirafan dan galakkan diberikan terhadap pencapaian pekerja.
Gaya kepimpinan demokratik memberi banyak faedah jika digunakan pada masa dan situasi berikut;
1- Pengurus mahu semua pekerja tahu dan mendapat maklumat terhadap apa-apa perkara yang memberikan kesan kepada mereka.
2- Membenarkan pekerja berkongsi didalam membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian.
3- Juga sesuai digunakan bagi memberi peluang kepada pekerja untuk membangun dan meningkatkan pembangunan personaliti dan kepuasan kerja.
4- Masalah yang besar dan komplek yang memerlukan banyak input untuk menyelesaikannya.
5- Perubahan yang perlu atau penyelesaian masalah yang boleh memberi kesan kepada pekerja.
6- Bagi menggalakkan kerja berpasukan dan penglibatan bersama.
Gaya kepimpinan demokratik tidak sesuai digunakan apabila;
1- Tiada masa/masa terhad bagi mendapatkan input semua orang.
2- Jika pengurus mendapati dengan melakukannya sendiri lebih mudah dan kos efektif.
3- Jika kesilapan tidak dapat diterima atau diberi kelonggaran.
4- Apabila pengurus merasa terancam jika menggunakan gaya kepimpinan ini.
5- Apabila melibatkan keselamatan pekerja.