Thursday, October 15, 2009

Memahami Keupayaan Proses ( Proses Capability) dan prestasi proses

Output yang stabil secara statistik ( dalam kawalan) dari proses pembuatan boleh dikenalpasti melalui taburan output yang dihasilkan. Ciri- ciri taburan ini akan digunakan untuk melalui sesuatu proses.Sebagai contoh ciri- ciri taburan yang dikehendaki hendaklah berada pada titik tengah taburan tersebut. Jika taburan ini tidak berada di posisi taburab yang betul proses pembuatan mungkin akan menghasilkan produk yang tidak menepati nilai target yang dikehendaki.Bagi sesetengah kes, sesetengah produk mungkin terkeluar daripada spesifikasi. Proses degan taburan sebegini boleh di mulai tidak berkebolehan untuk memenuhi kehendak pelanggan.Masalah yang sama boleh berlaku jika taburan yang besar, tidak kira dimana taburan itu terletak. Oleh kerana ciri- ciri taburan tidak dapat diketahui degan tepat, data perlu dikulpul untuk menganalisisnya.

Bagi mendefinisi keupayaan proses, indek yang selalu digunaakan adaalh seperti dibawah :

Indek untuk variasi proses sahaja, relatif kepada spesifikasi : Cp dan Pp.

Indek untuk gabungan variasi dan titik tengah proses, relatif kepada spesifikasi :

CPU, CPL, Cpk dan Ppk

A. Definisi Terma bagi Proses

· Inherent Proses Variation – Varaisi proses daripada punca biasa (common cause) sahaja.

Variasi ini boleh dianggarkan daripada carta kawalan dari nilai R/ d2

· Total Proses Variation- Variasi yang terhasil daripada punca biasa dan istimewa ( common and special causes).

Variasi ini boleh dianggarkan daripada nilai S, iaitu nilai sisihan piawai :

S = √ ∑ ( x¹ - x) ² = s

n- 1

dimana X : Nilai bacaan individu

x : Purata nilai bacaan individu

n : Jumlah bilangan data individu

· Keupayaan Proses ( Proses Capability)

- Variasi proses inheren bagi prose yang stabil secara statistik dimana nilai anggaran α adalah R/ d2 .

Prestasi Proses ( Proses Performance) – Keseluruhan variasi proses bagi julat 6 α dimana α anggarannya adalah S atau nilai sisihan piawai (^αs).


B. Definisi bagi Pegukuran Proses

Cp : Indek keupayaan dimana didefinisikan sebagai lebar toleran dibahagikan degan keupayaan proses, tampa mengira titik tengah proses.

Formulanya :

Cp = VSL - LSL

6 R/ d2

Pp : Indek prestasi dimana lebar toleran dibagikan dengan prestasi proses tanpa mengira titik tengah proses.

Formulanya ialah :

Pp = VSL – LSL

s

CPU = Indek Keupayaan Atas,

CPU = VSL – X

3^α R/ d2

CPL = Indek keupayaan Bawah,

CPL = X – LSL

3^α R/ d2

Cpk : Indek keupayaan yang mengambil kira titik tengah proses dan didefinisikan sebagai nilai minima CPU atau Pko

Ppk : Indek Prestasi yang mengambil kira titik tengah proses dan didefinisikan sebagia nilai minima.


VSL – X atau X- LSL

3s 3s

Indek Cpk atau Ppk berguna untuk tujuan berikut :

· Mengukur penambahbaikkan berterusan menggunakan trend berbanding masa.

· Menentukan turukan keutamaan proses bagi penambahbaikkan.

Indek- indek ini diperlukan dengan syarat – syarat dan anggapan tertentu jika tidak dapat memenuhinya.Pengukuran proses ini hanya member sedikit atau tiada makna langsung dan seterusnya tidak menambah sebarang nilai untuk memahami proses yang diukur. Syarat minima yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :

a – Proses yang diukur datanya mestilah stabil secara statistic

b – Data pengukuran mestilah menghampiri taburan normal.

C – Spesifikasi berdasarkan kehendak pelanggan.

d – Wujud kerelaan untuk menerima indek yang dikira sebagia indek sebenar. Contohnya mengabaikan pengaruh variasi daripada persampelan