Seringkali apabila kita menjumpai punca masalah kita terus membuat kenyataan dan keputusan bahawa itulah punca sebenar.
Tetapi di dalam bidang kualiti sesuatu punca perlu dikaji dengan lebih terperinci dan mendalam dan disahkan sebelum sesuatu keputusan dibuat.Kerana kesilapan membuat keputusan berkaitan kualiti akan menyebabkan kos yang teramat tinggi terutamanya apabila ianya terlepas ke pihak pelanggan kita.Kos yang terlibat adalah kos pemeriksaan semula,kos pembezaan,kos sorting,kos pengangkutan,kos penyimpanan dan kos analisis masalah dan penambahbaikan yang berlipat kali ganda.
Tiada pelanggan yang sudi menerima defek yang sama bagi kali kedua,tanpa rundingan dan ketahanan untuk memujuk kita mungkin akan kehilangan pelanggan utama kita.Apa yang paling ditakuti adalah apabila pelanggan tersebut menyebarkan kelemahan kita kepada rakan-rakan perniagaan kita sehingga boleh menyebabkan reputasi dan jenama kita merudum.
Melalui pengesahan punca melalui “Recurrence Test” kita akan menguji samada simptom defek adalah sama seperti yang dijumpai oleh pelanggan samada dari segi saiz,kedudukan,warna,keadaan fizikal, dll .
Jika kita dapati daripada ujian pengesahan tadi ianya menyerupai sama seperti produk defek maka kita bolehlah mengatakan punca sebenar telah dijumpai.Tindakan pembetulan tersebut perlulah dikembang dan diaplikasikan ke line yang sama atau sistem pengeluaran yang sama dan didokumenkan pada drawing,sop,OI dll supaya ianya tidak berulang kepada model yang lain.Sebenarnya berdasarkan pengalaman saya agak sukar untuk menjumpai punca sebenar terutamanya bagi kes yang kita kenali sebagai “intermittent “ dan kebanyakkan penyelesaiannya berakhir dengan meningkatkan kualiti dan kuantiti pemeriksaan yang sudah tentu meningkatkan kos.
Bagi syarikat yang bermottokan “Kepuasan Pelanggan” peningkatan kos ini terpaksa diterima demi memastikan pelanggan terus kekal dengan kita.Sebenarnya defek yang dijumpai oleh pelanggan adalah defek yang kritikal,rumit,jarang-jarang berlaku dan kebanyakkannya sukar dikesan oleh proses pemeriksaan kita sehingga sistem pemeriksaan perlu dinaiktaraf dan ditambahbaikkan.Oleh itu jangan terlalu gopoh untuk menyatakan sesuatu itu sebagai punca selagi kita belum Menguji dan Mengesahkannya.
Usaha untuk mengurangkan defek perlu dilakukan berterusan kerana ianya bukan sahaja menjimatkan kos tapi merupakan RUANG dan PELUANG untuk meningkatkan keuntungan.Ianya boleh dilakukan dengan mengalakkan aktiviti QCC,ICC (yang sebenar bukan untuk tujuan pertandingan)pada semua peringkat dan jabatan.Kualiti bukanlah tugas QC sahaja ianya adalah penglibatan semua.