Apabila sesuatu masalah berlaku kita seringkali menyalahkan para pekerja dengan pelbagai tuduhan....pekerja lalai,terlepas pandang,tidak menumpukan perhatian dll.
Adakah perkara tersebut benar?Sebenarnya semua kesalahan ada puncanya.Jadi tugas utama Jurutera QC adalah mengenalpasti masalah ini dan menyelesaikannya.Ketika mula bekerja dengan jabatan QC seringkali penulis diarahkan untuk menyiasat,mengenalpasti,menguji dan mencari punca sebenar (root cause) sesuatu masalah terjadi (occurance cause) dan bagaimana terlepas daripada bahagian pemeriksaan (outflow cause) ,seringkali penulis mendapati puncanya daripada operator yang cuai dan laporan tersebut telah diserahkan kepada ketua penulis yang berbangsa Jepun.Oleh kerana ketua penulis (Mr Inuue) ingin mendidik penulis menjadi seorang jurutera kualiti yang sebenar maka penulis telah diarahkan untuk melakukan semua kerja operator yang penulis dapati cuai melakukannya dan diminta supaya tidak melepaskan satu defek sekalipun.Apabila beliau telah mencampurkan produk yang baik dan defek maka penulis diminta untuk memeriksanya dan beliau mengambil laporan hasil pemeriksaan penulis.Alangkah terkejutnya penulis apabila didapati hasil pemeriksaan kualiti penulis adalah sangat teruk 3 kali ganda teruk daripada hasil kerja operator walaupun penulis tahu perbezaannya.Beliau mengingatkan penulis tiada seorang jurutera pun yang boleh menandingi kecekapan dan kemahiran seorang operator,kerana operator adalah seorang yang betul-betul mahir didalam bidangnya dan professional.
Mengapa seorang pekerja yang mahir dan professional masih menghadapi masalah untuk menghapuskan defek daripada berlaku dan melepasinya.Selepas itu penulis diminta untuk mengkaji persekitaran operator tadi dari susun atur alatan,kedudukan operator,kedudukan produk,kedudukan alat pemeriksaan/kanta pembesar,kadar pembesaran kanta,kecerahan lampu,sudut pemeriksaan ke atas produk,arahan operasi,limit sample dan rujukan kualiti dll.
Rupa-rupanya persekitaran tersebut yang menyebabkan operator itu gagal dan bukan sikap lalai yang kita sangka tadi.
Manusia adalah sebahagian daripada sistem dan tidak semestinya manusia punca kepada kegagalan sistem tersebut.Walau bagaimana hebat sekalipun seorang manusia itu beliau tidak mampu untuk mengatasi kesilapan daripada sistem.
Analogi mudah sistem adalah seperti begini,walau berjuta ringgit kita tawarkan(reward system),atau biar pistol ditujukan ke kepala seseorang dengan ugutan membunuh (punishment) sekalipun kita tetap tidak dapat memaksa operator memasukkan sebiji bola sepak kedalam gelas kerana sistemnya tidak sesuai.Maka jika kita mahu memasukkan juga bola tersebut maka kita perlu ubah sistem tersebut .....masukkan sahaja bola kedalam timba.Tanpa hadiah dan ugutan sekalipun bola tersebut boleh dimasukkan dengan mudah sahaja.Oleh itu apabila anda menghadapi masalah lihat sistem terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.Jika tidak anda bukanlah seorang jurutera yang sebenar...