Thursday, October 15, 2009

5S

5S
merujuk kepada 5 perkataan Bahasa Jepun yang bermula dengan huruf S.
5S adalah falsafah ataupun cara untuk mengendalikan dan menguruskan tempat kerja dan aliran kerja dengan niat untuk meningkatkan kecekapan dengan menghapuskan pembaziran,menambahbaikan aliran dan mengurangkan proses yang tidak munasabah.Ianya sering kali disalah anggap sebagai satu standard pembersihan/kebersihan.

5S adalah satu kaedah untuk mengendalikan tempat kerja,terutamanya tempat kerja yang dikongsi bersama seperti bengkel atau pejabat pentadbiran,bagi memastikannya terkawal.
Kunci utama 5S adalah meningkatkan moral dan kecekapan di tempat kerja.Kebaikan 5S adalah dengan menetapkan tempat semua benda,maka masa tidak akan terbuang untuk mencari/mengesannya.Tambahan pula ianya memudahkan kita memantau apabila ia memudahkan kita melihat barang yang hilang yang tiada ditempatnya.

Langkah-langkah 5S adalah seperti berikut:

Fasa 1 – Seiri (Sorting )/Asingkan : Lihat semua alatan,mesin,bahan dll di tempat kerja dan hanya simpan item yang perlu sahaja.Semuanya disimpan dengan teratur atau dibuang.

Fasa 2 – Seiton (Set In Order )/susunkan : Fokus kepada kecekapan.Kita perlu menyusun alatan,mesin dan bahan dalam susunan yang menambahbaik aliran kerja.Sebagai contoh,alatan dan mesin perlu disusun ditempat ianya akan digunakan,dan proses perlulah disusun dalam aturan yang boleh memaksimakan kecekapan(efficiency).

Fasa 3 – Seiso (Sweeping or shining )/Bersihkan : Pembersihan yang bersistematik atau keperluan memastikan tempat kerja bersih dan kemas.Apabila tamat shift,tempat kerja akan dibersihkan dan semua benda disimpan ketempat asalnya.Mengekalkan kebersihan hendaklah dijadikan perkara rutin dan bukannya dilakukan sekali sekala.Ia memudahkan kita mengesan sesuatu benda dan yakin semua benda berada pada tempatnya.

Fasa 4 – Seiketsu (Standardizing)/Seragamkan : Seragamkan cara bekerja atau operasi di dalam keadaan yang konsisten,stabil dan standard.Semua orang tahu apakah peranan masing-masing bagi mengekal 3S diatas.

Fasa 5 – Shitsuke (Sustaining)/disiplin : Ianya merujuk kepada pengekalan dan penilaian semula standard.Apabila 4S telah berjaya diapalikasikan ianya akan menjadi cara yang baru untuk beroperasi.

Pastikan standard baru ini dikekalkan dan diguna pakai dan elakkan pelaksanaan yang menurun ke standard lama atau cara lama.Bagaimanapun jika ada penambahbaikan,alatan baru, keperluan output yang baru maka langkah 4S yang pertama perlulah dinilai semula.