Thursday, October 15, 2009

Gaya Kepimpinan Laissez-faire

Dikenali juga sebagai kepimpinan yang ”lepas tangan”.Pengurusan tidak atau sedikit sahaja memberi arahan,dan memberi kebebasan kepada pekerja sebanyak mungkin.Semua autoriti dan kuasa diturunkan kepada pekerja,jadi mereka boleh menentuka sasaran,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara bersendirian.

Ianya sesuai digunakan ketika dan situasi berikut;

1- Pekerja berkemahiran tinggi,berpengalaman dan berpendidikan tinggi.
2- Pekerja bangga dan yakin dengan kerja mereka dan berusaha untuk menjayakannya.
3- Kepakaran luar,seperti konsultan dan pekerja pakar.
4- Pekerja yang jujur,berpengalaman dan boleh dipercayai.

Penggunaan gaya kepimpinan Laissez-faire perlu dielakkan ketika;

1- Pekerja merasa kurang selamat dengan ketiadaan pengurus.
2- Pengurus tidak berkemampuan memberi feedback kepada pekerja secara berkala tentang prestasi mereka.
3- Pengurus tiada kuasa dan kemampuan untuk menghargai pekerja diatas prestasi baik mereka.
4- Pengurus tidak memahami peranan pekerja dan berharap pekerja akan membantu beliau menanganinya.

Mempelbagaikan gaya kepimpinan.

Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi pemilihan dan kesesuaian gaya kepimpinan iaitu;

1- Latar belakang peribadi pengurus;
Apa personaliti pengurus,pengetahuan,nilai,etika,dan pengalaman yang telah ditempuhi oleh pengurus tersebut,Apakah yang beliau fikirkan tentang kerjayanya?

2- Pekerja yang dipantau ; Setiap pekerja mempunyai personaliti dan latar belakang berlainan,gaya kepimpinan yang digunakan adalah bergantung kepada individu dan kepimpinan mana yang memberi respon yang terbaik.

3- Organisasi ; Tradisi,nilai,falsafah,dan apa yang ditekankan oleh organisasi akan mempengaruhi bagaimana pengurus bertindak.



RUJUKAN :

1. www.arlanvillanneva.blogspot.com