Thursday, October 15, 2009

Bagaimana untuk membuat pilihan bagi melakukan tindakan pembetulan

Bagi kebanyakkan projek,terdapat palbagai cara untuk menyelesaikannya.

Tindakan pembetulan mestilah mengambil kira perkara berikut:

I. Keluarkan dan naturalkan punca
II. Optimakan kos
III. Menerima pendapat seseorang yang mempunyai kuasa muktamad dalam keputusan

Pembetulan : Mengeluarkan Punca Masalah

Untuk memastikan tindakan pembetulan berkesan 3 perkara dibawah perlu diambil perhatian.

I. Ketua projek menerima cadangan berasaskan alasan-alasan yang logik- diatas kepercayaan cadangan tersebut akan menyelesaikan masalah berdasarkan kriteria tertentu.
II. Cadangan ini perlu diuji dalam kuantiti yang kecil, dijalankan samada di pusat operasi atau di makmal
III. Cadangan ini di uji sepenuhnya semasa operasi.

Pembetulan: Optimakan Penggunaan Kos

Di dalam proses yang kompleks adalah lebih mudah untuk melaksanakan tindakan pembetulan yang mengurangkan kos di jabatan A, tetapi sebaliknya didapatinya hanya memindahkan dan menyebabkan kos jabatan B meningkat. “Ubat mungkin lebih buruk daripada penyakit”, Ketua projek hendaklah memastikan segala kesan sampingan bagi memastikan kos yang optima kepada syarikat. Kesan yang sama perlu dikaji sehingga kepada kos luaran pihak pelanggan.


Pembetulan: Kebolehterimaan

Tindakan yang melibatkan perubahan beberapa perkara – reka semula produk atau proses, menukar alatan, dan atau melatih semula pekerja. Tanggungjawab untuk melakukan perubahan adalah hak jabatan terbabit bukan ditangan ketua projek.
Jika terdapat ahli kumpulan terdiri daripada jabatan terbabit, perkara ini lebih mudah diselesaikan kerana ahli tersebut boleh memaklumkannya kepada ketua jabatan beliau dan dapat memastikan cadangan pembetulan dapat dilaksanakan.

Tindakan pembetulan bagi kesilapan yang jarang berlaku tetapi kritikal

Bagi sesetengah kesilapan / defek walaupun jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan kerosakkan yang dahsyat terhadap nyawa dan harta benda. Bagi defek-defek begini terdapat tindakan pembetulan yang khas.

  1. Tingkatkan faktor keselamatan dengan penambahan struktur bahan, bahan istimewa, rekacipta yang selamat walaupun berlaku kegagalan dan lain-lain. Selalunya proses ini melibatkan kenaikan kos.
  2. Tingkatkan kuantiti dan ujian pada tahap lampau (severity) yang lebih tinggi. Buat satu data hubungan antara ujian dalam keadaan melampau dan ujian dalam keadaan normal/biasa kemudian kirakan jangkaan kadar kegagalan.
  3. Kurangkan ketidak konsistenan proses ( proses variability). Kaedah ini boleh dilakukan bagi defek yang berpunca daripada bahagian pembuatan.
  4. Gunakan ujian pemeriksaan 100% yang dilakukan secara automatik. Konsep ini telah disokong oleh pertumbuhan teknologi sekarang. Contohnya: ujian tanpa pemusnahan, alat pengujian secara automatic dan kawalan secar berkomputer.
  5. Gunakan pemeriksaan 100% secara bertindih atau berulang. Pemeriksaan yang dilakukan oleh manusia jauh daripada kesempurnaan. Untuk mengesan defek yang jarang tapi kritikal, boleh dikesan dengan melakukan pemeriksaan 100% pada beberapa bahagian pada beberapa kali.