Thursday, October 15, 2009

Diagram Trilogy Juran

Chronic dan Sporadic

Apabila proses dijalankan, kita akan dapati proses menunjukkan ketidakmampuannya untuk menghasilkan 100 peratus produk yang elok.Rajah 2.3 menunjukkan terdapat lebih daripada 20 peratus kerja perlu dibuat semula disebabkan kemerosotan kualiti.Pembaziran ini adalah kronik- semakin menjadi-jadi. Kenapa kita dapati pembaziran ini berlaku?
Punca sebenarnya ialah kita merancang proses begitu.

Melalui kaedah konvensional, operasi pengeluaran tidak dapat meyelesaikan pembaziran kronik terancang ini. Apa yang boleh dilakukan hanyalah meyekang secara kawalan kualiti untuk memastikan tidak menjadi semakin buruk.Merujik pada Rajah 2.3 kita dapati secara tiba-tiba berlaku lonjakan sporodic yang meningkatkan tahap defect melebihi 40 peratus.Lonjakan ini terhasil daripada peristiwa tidak dirancang seperti kegagaglan sumber kuasa, masalah diproses atau kesilapan manusia.

Salah satu fungsi kawalan kualiti ialah pihak pengeluaran / operasi akan mengambil tindakan pembetulan untuk mengekalkanya ke tahap asal (status quo). Tindakan ini selalunya dikenali sebagai ”Tindakan Pembetulan”, ”Troubleshooting”, memadankan kebakaran dan lain-lain. Keputusan akhir adalah untuk mengembalikan level kesilapan kembali ke level yang telah dirancangkan iaitu 20 peratus.

Rajah ini menunjukkan disebabkan oleh pembaziran kronik ini tindakan telah diambil untuk menurunkan tahap kesilapan ke tahap jauh lebih rendah. Keputusan ini atau target ini dicapai melalui kaedah proses yang ketiga Trilogy Juran- penambahbaikan kualiti. Secara praktikalnya pembaziran kronik ini dilihat sebagai peluang untuk penambahbaikan dan langkah untuk penambahbaikan telah dilakukan.