Friday, October 30, 2009

Kaizen

Kaizen jika diterjemahkan secara kasar bermaksud penambahbaikan.

Kaizen jika didalam bahasa jepun dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu "kai" yang berasal daripada perkataan "aratameru" yang bermaksud memperbaharui atau memperbaiki,dan "zen"
yang menjadi tanda pencapaian tertinggi atau kesempurnaan didalam agama buddha.
Jadi secara ringkasnya kaizen lebih bermaksud memperbaharui sesuatu (produk,perkhidmatan dll) supaya menjadi lebih sempurna (tiada cacat cela atau komplen)yang perlu dilaksanakan terus menerus tanpa ada titik penamatnya.

Tambahkan sehingga baik
dengan baharukan sehingga sempurna adalah dua kaedah yang berbeza.Sebab itulah ekonomi dan produk negara Jepun,Korea dll sentiasa menjadi trend terbaru sedangkan produk kita menjuarai trend terkebelakang.Kenapa?Disebabkan kita hanya menambah baik produk kita maka kita tidak melakukannya berterusan,maka produk yang baik hari ini akan menjadi "obselete" keesokan harinya.Jika produk kita diperbaharui hari ini dan esok dan seterusnya maka kita akan menjadi peneraju trend dan bukannya pengikut trend atau paling malang ketinggalan zaman.

Oleh itu laksanakan Kaizen dengan cara yang sebenarnya dan lupakan penambahbaikan atau Improvement.Ia sebenarnya bukan kaizen yang difahami oleh negara maju.