Thursday, October 15, 2009

Apa Itu Kualiti?

Definisi kualiti adalah pelbagai tetapi ada 2 perkara kritikal dan penting dalam pengurusan kualiti:

1.Kualiti bermaksud produk atau servis yang memenuhi kehendak pelanggan dan membawa kepada kepuasan pelanggan. Dalam kes ini kualiti lebih berorentasikan pendapatan.

Tujuan bagi peningkatan kualiti adalah memenuhi kehendak pelanggan dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan.Bagaimanapun memenuhi dan meningkatkan kualiti produk selalunya memerlukan pelaburan dan melibatkan peningkatan kos.

2.Kualiti bermaksud bebas daripada kecacatan.
Bebas daripada kesilapan yang menyebabkan ulangan kerja (rework) atau daripada kegagalan output/hasilan, ketidakpuasan pelanggan, aduan pelanggan dan lain-lain.

Dalam kes ini, maksud kualiti lebih berorentasikan kos. Peningkatan kualiti selalunya menyebabkan kos yang rendah .

Ringkasan ciri-ciri utama dua definisi ini

1-Produk yang memenuhi kehendak pelanggan

Kualiti yang tinggi membolehkan syarikat:

i. Meningkatkan kepuasan pelanggan
ii. Produk yang boleh dipasarkan
iii. Memenuhi kehendak persaingan
iv. Meningkatkan kualiti pasaran
v. Meningkatkan pendapatan daripada jualan
vi. Menjamin harga premium

Kesan yang besar adalah pada jualan.
Selalunya, kualiti tinggi menyebabkan kos yang lebih tinggi.

2-Bebas dari kecacatan

Kualiti yang tinggi membolehkan syarikat:

i. Mengurangkan peratus kesilapan
ii. Mengurangkan rework dan pembaziran
iii. Mengurangkan kesilapan output
iv. Kurangkan kos jaminan
v. Mengurangkan ketidakpuasan pelanggan
vi. Mengurangkan pemeriksaan dan penilaian
vii. Mengurangkan tempoh pengeluaran produk baru ke pasaran.
viii. Meningkatkan pengeluaran dan kapasiti
ix. Meningkatkan prestasi penghantaran/penyampaian

Bagi kebanyakkan Jabatan Kualiti definisi yang telah lama selalu digunakan ialah ”pemantuhan kepada spesifikasi”. Mereka selalu beranggapan produk yang mematuhi spesifikasi akan memenuhi kehendak pelanggan. Anggapan ini sebenarnya salah. Kehendak pelanggan mungkin meliputi perkara- perkara yang tidak dinyatakan dalam spesifikasi produk contohnya penerangan mengenai servis dalam bahasa yang mudah, kerahsiaan, bebas daripada beban kerja dokumentasi dan lain-lain.



Rujukan Makna Kualiti (Planning for Quality, 2nd Ed, (1990), Juran Institute. Inc. Wilton, (T.pp.1-10)